Koperasi AIM Berhad
Pemberitahuan:
JAWATAN KOSONG KOPERASI AIM BERHAD
- Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
- Sila hantarkan resume ke Ibu Pejabat Koperasi AIM Berhad SEBELUM 27hb April 2013.
Â
MAKLUMAT TERKINI.
1) Pihak KAIMB telah menyenaraihitamkan (CTOS) 7 orang peminjam Pinjaman Kecemasan atas kegagalan menjelaskan bayaran balik pinjaman mengikut jadual yang telah ditetapkan.
2) Pihak ALK KAIMB mengambil keputusan untuk membuka semula Pinjaman Peribadi & Pinjaman Ekspres KAIMB kepada anggota KAIMB. Tarikh kuatkuasa bermula 18hb Mac 2013.
HARAP MAKLUM.
1. Operasi Skim Pembiayaan Koperasi telah  dijalankan secara Online, segala urusan seperti semakan status, semakan baki boleh didapati di laman web ini.
2. Mulai Julai 2010, KAIMB tidak mengepos surat perjanjian, surat tawaran pembiayaan dan surat jaminan. Peminjam perlu mencetak sendiri dan melengkapkan seterusnya menghantar ke KAIMB untuk mempercepatkan proses pembiayaan.
NOTA: SILA BACA SYARAT-SYARAT BERKAITAN PEMBIAYAAN KAIMB DIBAWAH.
Â
1.0 Tujuan.
Membantu meringankan beban kewangan anggota dalam memenuhi keperluan keluarga dan peribadi.
2.0 Cara Pelaksanaan Skim.
Skim Pembiayaan Tunai Segera
2.1 Terma dan Syarat
- Kakitangan Tetap AIM & Ahli Koperasi Selama Lebih 1 Tahun
- Jumlah Pembiayaan RM 500.00 - RM 5,000.00
- Caj Pengurusan Minimum 5%
- Tempoh Bayaran Balik 6 Bulan dan 12 Bulan (1 Tahun)
- Tidak Memerlukan Pengesahan Gaji
- Tidak Memerlukan Penjamin
- Pembiayaan bergantung kepada jumlah Saham dan Yuran Ahli
- Bayaran Balik adalah secara AUTODEBIT BANK.
- TIADA Yuran Proses yang dikenakan.
- Duti Setem sebanyak 0.5%Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â Â - Tempoh proses HANYA 3 hari sahaja.
- Sekiranya Gagal Membuat Bayaran Balik untuk tempoh 3 Bulan berturut-turut, tindakan BLACKLIST akan diambil.
- Klik di sini! untuk Jadual Bayaran dan Jumlah Takaful yang dikenakan
Skim Pembiayaan Peribadi
2.1 Kaedah Skim
Skim ini dilaksanakan mengikut Kaedah 'Bai Al Annah'. Kaedah jualbeli yang dimaksudkan ialah Koperasi AIM Berhad menjual sebahagian aset (bangunan pejabat koperasi) dalam bentuk keluasan kaki persegi dengan keuntungan 5.5% dalam tempoh yang dipersetujui.
2.2 Had Pembiayaan.
Had maksima pembiayaan ini pada satu masa tidak melebihi RM150,000.00 tertakluk kepada kelayakan potongan gaji pemohon. Kelulusan permohonan bergantung kepada kemampuan Koperasi dan Peruntukan kewangan yang sedia ada.
2.3 Tempoh Ansuran.
Tempoh bayar balik pembiayaan sehingga 180 bulan (15 tahun). Tempoh tersebut akan dipendekkan jika pemohon itu didapati mempunyai kemampuan dan tidak pula membebankannya. Bayar balik pembiayaan adalah melalui kaedah potongan gaji oleh majikan (AIM).
3.0 Syarat-Syarat Kelayakan Memohon.
3.1 Telah menjadi ahli koperasi selama tidak kurang 12 bulan(tertakluk kepada kelulusan lembaga).
3.2 Jumlah maksimum pembiayaan adalah berdasarkan baki kelayakkan potongan gaji pemohon & penjamin atau maksimum RM150,000.00 yang mana lebih rendah.
3.3 Tidak mempunyai hutang/ pembiayaan yang masih belum dijelaskan dengan koperasi.
3.4 Layak memenuhi prosedur kelayakan potongan gaji yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Amanah Ikhtiar Malaysia.
3.5 Jumlah pembiayaan perlu dilindungi oleh Skim Tabung Khairat Hutang. Kaedah pengiraan sumbangan adalah seperti yang dinikmati oleh Sahabat AIM. Duti setem dan sumbangan TKH akan dipotong dari jumlah yang diluluskan.
3.6 Setiap pembiayaan perlu dijamin oleh seorang anggota koperasi yang berkelayakan.
3.7 Sekiranya pemohon mempunyai pembiayaan dengan institusi kewangan yang lain, penjelasan pembiayaan akan dibuat terus kepada institusi kewangan tersebut.
3.8 Penjamin tidak diperlukan sekiranya pemohon mempunyai saham yang menyamai jumlah pembiayaan.
3.9 Penjamin tidak diperlukan sekiranya jumlah saham sekurang-kuranya 50 % daripada jumlah pembiayaan. Contohnya Ali mempunyai saham sebanyak 10,000 maka jumlah pembiayaan yang layak dipohon tanpa penjamin adalah sehingga RM 20,000.00
4.0 Syarat-Syarat Penjamin.
4.1 Telah menjadi ahli koperasi selama tidak kurang 12 bulan.
4.2 Layak memenuhi prosedur kelayakan potongan gaji yang ditetapkan oleh pihak pengurusan Amanah Ikhtiar Malaysia.
4.3 Baki kelayakkan potongan gaji penjamin mesti sama atau lebih tinggi daripada potongan bayaran bulanan pinjaman. Contohnya Ali sebagai peminjam dan Ahmad sebagai penjamin. Ali ingin membuat pinjaman berjumlah RM10,000 dalam tempoh 10 tahun dengan jumlah potongan bulanan adalah sebanyak RM123.75, maka baki kelayakkan potongan gaji untuk Ahmad mesti RM123.75 dan keatas.
5.0 Proses Borang Permohonan.
5.1 Setiap permohonan akan diproses dan dipertimbangkan mengikut giliran berdasarkan kepada keperluan anggota, kemampuan kewangan koperasi dan peruntukan yang disediakan bagi perlaksanaan skim ini. Kesabaran menunggu giliran amat dihargai.
5.2 Borang permohonan hendaklah diisi dengan lengkap supaya mempercepatkan proses kelulusan dan menjimatkan masa. Sila pastikan dokumen berikut disertakan semasa proses permohonan dan di hantar ke Ibu Pejabat Koperasi AIM Berhad.
- BORANG PERMOHONAN PEMBIAYAAN (BPP SIRI 1/2012)
- SALINAN KAD PENGENALAN ( PEMOHON & PENJAMIN )
- SURAT PENGESAHAN KELAYAKKAN POTONGAN GAJI ( PEMOHON & PENJAMIN )
- PENYATA PENJELASAN PINJAMAN ( PEMBIAYAAN SEMULA )
5.3 Borang permohonan yang tidak lengkap atau permohonan yang tidak mematuhi syarat-syarat kelayakan tidak akan dipertimbangkan.
5.4 Koperasi akan memberitahu mengenai kedudukan permohonan anggota secara bertulis selewat-lewatnya dalam tempoh 14 hari dari tarikh penerimaan borang permohonan.
6.0 Peringatan Penting.
Pembiayaan hanya akan dikeluarkan setelah Pihak Koperasi AIM Berhad menerima Surat Perjanjian yang telah ditandatangani oleh pemohon. Oleh itu, pemohon hendaklah memberi kerjasama memulangkan Surat Perjanjian tersebut dengan kadar segera.
Koperasi AIM Berhad
NO. 16 Jalan Matahari U5/AB,
Bandar Pinggiran Subang,
Seksyen U5, 40150 Shah Alam, Selangor.
Tel: 03-78454501
Fax: 03-78454500
Last Updated (Sunday, 28 April 2013 02:54)
íà ñàéòå îòñóòñòâóåò

Âîçìîæíûå ïðè÷èíû, ïî êîòîðûì âîçíèêëà ýòà îøèáêà:
- Íå ïðàâèëüíî óêàçàí àäðåñ ñòðàíèöû.
Ïðîâåðüòå ïðàâèëüíîñòü íàáîðà àäðåñà ñòðàíèöû â àäðåñíîé ñòðîêå áðàóçåðà. - Ýòà ñòðàíèöà áûëà óäàëåíà ñ ñåðâåðà ëèáî ïåðåìåùåíà ïî äðóãîìó àäðåñó.
Ïîïðîáóéòå íàéòè èíòåðåñóþùèé äîêóìåíò, èñïîëüçóÿ íàâèãàöèþ ïî ðàçäåëàì ñàéòà.








